sweet love

sweet love

Thursday, 5 January 2012

iQ...????



Kepintaran & IQ

Apakah Kepintaran?
Kepintaran bermakna seseorang boleh hidup dengan :
  • Menyesuaikan diri sewajarnya dengan persekitaran
  • Mempelajari konsep dan idea-idea baru
  • Menyelesaikan masalah
Kepintaran merangkumi kombinasi pelbagai kemahiran untuk hidup secara berkesan:
  • Kemahiran fizikal: Kemahiran pergerakan seperti kemahiran motor
  • Kemahiran mental: Kemahiran memori, pengetahuan, penyelesaian masalah dan ketangkasan memproses maklumat
  • Kemahiran tingkah laku seperti kemahiran berkomunikasi
  • Kemahiran akademik
  • Kemahiran kehidupan seharian
Berapakah jenis kepintaran?
Terdapat pelbagai teori yang cuba menjelaskan perbezaan kepintaran seseorang. Kajian awal oleh Francis Galton menunjukkan bahawa mereka yang berjaya dalam bidang intelek tertentu akan turut berjaya dalam bidang yang lain. Ini menunjukkan kepintaran jenis umum. Charles Spearman meneruskan usaha Galton dan kajian beliau merumuskan bahawa manusia mempunyai kedua-dua jenis kepintaran umum dan khusus. Sebaliknya Howard Gardner pula berdasarkan kajiannya mencadangkan bahawa manusia mempunyai pelbagai jenis kepintaran yang boleh dikategorikan kepada 7 kumpulan utama, iaitu:
  • Kepintaran Muzik
    • Contoh: ahli muzik
  • Kepintaran Kinestetik atau pergerakan badan
    • Contoh: ahli sukan atau penari
  • Kepintaran Logik Matematik
    • Contoh: saintis, pencipta atau ahli matematik
  • Kepintaran Bahasa
    • Contoh: penulis atau ahli bahasa
  • Kepintaran "Spatial"
    • Contoh: pelayar, arkitek, artis atau pemandu pelancong
  • Kepintaran "Interpersonal"
    • Contoh; pakar sakit jiwa, pakar psikologi atau kaunselor
  • Kepintaran "Intrapersonal"
    • Contoh; ahli falsafah, pakar sakit jiwa atau pakar psikologi
  • Kepintaran Rohani
    • Contoh; imam, sami atau pendakwah
Dari manakah punca kepintaran?
Kebanyakan kajian merumuskan bahawa kepintaran adalah kombinasi fakta keturunan dan persekitaran.

Kenapakah manusia mempunyai kepintaran yang berbeza?
Tahap kepintaran seseorang individu berbeza dan ia ditentukan oleh:
  • Kemahiran berfikir dan membuat pertimbangan
  • Asuhan semasa kecil dan interaksi sosial
  • Faktor baka
Oleh kerana setiap individu mengalami perbezaan dalam faktor-faktor di atas, maka tahap kepintaran setiap individu juga berbeza.

Adakah kepintaran berubah apabila seseorang membesar?
Kepintaran kita biasanya stabil di antara umur 25 dan 60 tahun. Biasanya pengetahuan kita kekal selepas 60 tahun, tetapi keupayaan untuk mendapat kemahiran baru mungkin mengambil masa lebih lama apabila kita semakin berusia.

Tanda dan Gejala

Bagaimanakah mengukur kepintaran?
Kepintaran boleh diukur. Terdapat alat dan teknik tertentu untuk menentukan tahap kepintaran seseorang. Ianya digunakan oleh anggota profesional terlatih. Alat tersebut boleh dibuat dalam bentuk ujian aptitud atau ujian pencapaian.
Ujian Pencapaian:
  • Mengukur tahap pengetahuan atau kompetensi seseorang dalam bidang tertentu
  • Menganggap kepintaran adalah kapasiti mental yang boleh diukur melalui analisa pencapaian ujian mental (contoh; ujian IQ)
Ujian aptitud:
  • Mengukur potensi seseorang untuk mempelajari sesuatu tugasan khusus
  • Ia mengandaikan bahawa kemahiran semasa seseorang boleh meramal pencapaian sesuatu tugasan khusus pada masa hadapan
Apakah itu IQ?
IQ adalah singkatan kepada "Intelligence Quotient".
"Quotient" bermaksud suatu ukuran piawai. Oleh itu, IQ adalah suatu ukuran piawai kepintaran yang berasaskan teori-teori kepintaran.
Ujian IQ adalah alat mengukur kepintaran yang biasa diguna pakai.
  • Biasanya IQ dikira sebagai Umur Mental/Umur Kronologi X 100
  • IQ dinilai berdasarkan skor seseorang
  • Kebanyakan orang mempunyai skor IQ di antara 70 - 130
  • IQ sederhana adalah sekitar 100
Apakah yang diuji melalui Ujian IQ?
Pelbagai ujian telah dicipta untuk mengukur kemahiran berkaitan pembelajaran dan umur mental kanak-kanak. Ujian ini biasanya mengukur:
  • Kemahiran pertimbangan tanpa lisan ("Nonverbal reasoning skills")
  • Kemahiran lisan
  • Pengetahuan
Bagaimanakah skor IQ dapat membantu?
Biasanya skor IQ dapat meramal pencapaian akademik Walau bagaimanapun Skor IQ tidak dapat menerangkan indeks lebar kepintaran.

Apakah pengertian skor IQ?
Panduan umum maksud skor IQ adalah seperti di bawah :
  • 130 ke atas - Kepintaran unggul
  • 110-120 - Kepintaran sederhana tinggi
  • 90-110 - Kepintaran sederhana
  • 70-90 - Kepintaran sederhana rendah
  • Di bawah 70 - Terencat akal
Perlu diingatkan, ujian IQ tidak mengukur kemahiran penyesuaian diri secara menyeluruh. Contohnya, seseorang yang mempunyai IQ 130 mungkin tidak mempunyai kemahiran sosial. Manakala seseorang yang mempunyai IQ di bawah paras sederhana mungkin mempunyai kemahiran sosial yang baik.

Apakah fakta lain yang ada hubung kait dengan kepintaran?
Kreativiti
  • Keupayaan menghasilkan idea-idea asli dan baru yang boleh diukur melalui beberapa cara
Kepintaran Emosi, EQ
  • Keupayaan menilai, memahami dan meluahkan perasaan
  • EQ tinggi = Empati tinggi
Kepintaran Kerohanian, SQ
  • Keupayaan untuk memahami diri sendiri dari aspek perkembangan rohani dan menggunakannya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran

Komplikasi

Isu-isu berkaitan kepintaran
Biasanya kepintaran dikaitkan dengan pencapaian akademik dan pengetahuan sahaja. Ini menjadi satu isu apabila kemahiran "adaptif" diri yang lain seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran hidup dan kemahiran bersosial tidak diambil kira. Kepintaran adalah konsep sosial yang secara umum digunakan untuk mereka yang berpengetahuan luas dan mempunyai status akademik yang baik. Mereka yang tidak digolongkan dalam kategori ini, mungkin dilabelkan sebagai kurang pintar. Biasanya golongan yang sering tersalah label sebagai mempunyai kepintaran rendah termasuklah mereka yang:
  • Tidak menarik
  • Kurang upaya
  • Menunjukkan tingkah laku yang tidak wajar
  • Berat badan yang berlebihan atau gemuk
  • Dilabel dengan sikap negatif seperti pemalas dan jahat
  • Didiagnosis sebagai mempunyai masalah pembelajaran seperti "disleksia" atau "hiperaktif"
  • Miskin
  • Tidak berjawatan tinggi
  • Tidak berpakaian kemas
  • Pendiam
Apakah yang boleh mempengaruhi skor IQ?
  • Emosi
  • Motivasi
  • Pemahaman bahasa
  • Kecederaan otak
  • Kecacatan fizikal
  • Gangguan "sensori"
Rawatan
Bagaimana IQ boleh ditingkatkan?
Mempelajari kemahiran yang meliputi semua aspek kepintaran dan tingkah laku "adaptif".
  • Kemahiran akademik
    • Contoh: pengetahuan atau logik
  • Kemahiran berkomunikasi
    • Contoh: mendengar, meluah atau menulis
  • Kemahiran hidup seharian
    • Contoh: penjagaan diri, kemahiran domestik, kemahiran komuniti, penyelesaian masalah atau keselamatan
  • Kemahiran bersosial
    • Contoh: berkawan atau kemahiran bermain
  • Kemahiran pergerakan
Pencegahan

Bagaimana saya mencegah kemerosotan kemahiran untuk membuat pertimbangan apabila usia meningkat?
Teruskan merangsang minda anda dengan melakukan aktiviti penyelesaian masalah serta sentiasa mencari pengalaman baru.

Rehabilitasi
Bagaimana mengatasi kekurangan kepintaran?
Dapatkan bantuan ahli profesional yang boleh melakukan penilaian formal untuk menentukan sejauh mana kekurangan kepintaran seseorang. Dapatkan cadangan ahli profesional tentang latihan dan aktiviti baik pulih.

Kumpulan sokongan
Anggota profesional yang boleh membantu termasuklah:
  • Pakar Psikologi Klinikal
  • Ahli Psikologi Pendidik
  • Ahli Psikologi Perkembangan
  • Ahli Neurofisiologi Klinikal
  • Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja
  • Guru Pendidikan Khas
  • Guru
  • Kaunselor
(sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia)

Wednesday, 4 January 2012

novel vs drama

sekarang ni kaki novel boleh menonton drama yg d adaptasi melalui novel... ada 2 novel yg  sedang d tayangkan versi drama di tv... semestinyer di TV3 slot akasia ---> gemersik kalbu + di ASTRO PRIMA ---> BicaRa Hati...ke 2-2 novel ni mmg hit... harap2 jalan cerita mgikut novel, xde ler tsasar jauh... so minggu lps dh abis baca novel bicara hati... tpi novel gemersik kalbu lak dh hilang.. ada member pinjam, x pulang.. tpaksa cari yg bru...ishhh... gerammmm tullll...

Bicara hati

Gemersik Kalbu


pelakon yg mhidupkan watak pun sesuai sgt... naik ler rating TV lps ni... jgn smpai tlepas solat magrib tau.. hehehe... apa pun tahniah kpd semua yg tlibat... x sabar nk tunggu episod seterusnyer...

so enjoy... :)


Tuesday, 3 January 2012

Fraser Hill penUtup tahUn 2011

ari2 t`akhir ujung tahun d fraser hill..mmm... last trip tok tahun ni..hehehe.. actually ni retreat opis.. so depa decide nk g sni.. only staff.. pelbagai program d adakn...
seawal 8 pg di ari jumaat, dh bkumpul d opis.. 23 org yg tlibat dlm retreat ni... mmg best.. almaklum, x penah gi lagi..  so bkonvoi ler kiteorg ke sna, dlm 5 buah kate.. carpool.. dr seremban + rehat jap kt empangan batu sebelum ke ulu yam tuk makan tghari... mmg besar tul empangan ni... sapa2 yg gemar mmancing, mmg ni tempat nyer.. masa kiteorg smp ada sorang mamat ni tgh memancing... nk tau umpan ape?... ikan KELI.. byangkan klu dia dapat sekor ikan agaknyer besar mana ekh..hehehe...

on d way

empangan batu, dh dekat ngan ulu yam...

fuh... nyaman jer... ni kt ulu yam tau.. geram tgk air

so lps tu.. kiteorg continue pjalanan... mgambil masa selama 1 1/2jam...melalui jalan yg berselekoh mcm kt jalan lama kuala pilah.. tpi sbb dh biasa x rasa pe2 punnn... tpi bila dh smp GAP.. bru tau jalan yg nk menuju ke fraser hill mmg myeramkan... selekoh yg tajam dan boleh di lalui oleh 1 kendaraan sahaja (sehala)... fuhhh... kena ler bhati2... masa ni mmg nk pening pun... hehehe

 dr ulu yam ke fraser hill... x sesak sgt...

ni ler jalan yg patut d tempuhi sebelum smp ke puncak

smp di end GAP.. lega

kiteorg stay kat PUNCAK INN... klu smp kat sni, ni ler hotel ptama yg korang akan jumpa.. di tgh2 pekan... sejuk jer... kiri kanan penuh kabus.. sejuk skit dr cameroon hingland... wajib pakai bju sejuk.. bilik pun ok.. cantik sgt... tpi klu bwk family kena ler cari apartment or banglo.. cos bilik kat sni comel2 gitu...

pintu masuk PUNCAK INN

amacam.. tomei x bilik ni...?

sebelum program start.. kiteorg pun ronda2 sekitar pekan... ala kecik jer pekan ni... ada pejabat pos, balai polis, klinik kesihatan, kedai runcit, padang golf, restoran, kedai cenderamata, bank... cuma pam minyak jer x jumpa... yeler x sempat nk pusing2... limit of time... tpi rasa tempat ni sesuai sgt nk honeymoon.. coz kawasan yg sunyi, nyaman, sejuk... ala2 gitu... yg paling best, bangunan kat sni bcirikan senibina inggeris... mcm kt oversea lak...

yg ni mmg depan hotel... satu2 lambang FH

infrastruktur yg ada kt sni... cantikkan... siap ada border line lagi...

d sbbkan program ni bjalan dgn keadaan santai, so bila dh penat dok dlm meeting room, leh ambik angin kat luar.. program ni bjalan smp ke malam... tahap ksejukn d waktu malam mmg x boleh ckp ler...  kipas pun x yah bukak, mmg sejuk smp ke tulang... nyamuk pun xde.. nasib baik ada air panas... boleh ler kurangkan kesejukan...

keesokkan pagi, kiteorg mgambil kesempatan tuk bjalan d kawasan sekitar... sementara menunggu sarapan d hidangkan... kiteorg jumpa lebih byk hotel, apartment, banglo, restoran... masjid pun ada.. cuma x jumpa sekolah jer... maybe kat jalan lain kot... syokk... jumpa gak beberapa kumpulan yg melakukan aktiviti jogging... kiteorg?... jalan2 sambil ambik gambar... indah nyer idup ni... masih x tcemar udara kt sni...

antara tempat yg kiteorg jumpa

lps sarapan, kiteorg pun ke meeting room tuk agenda seterusnyer... lps sessi bgambar, kena balik bilik tuk check-out.. then terus lunch... anyway, makanan kat sni not bad.. sedap... mmg leh masuk tekak ler.. lagipun dok tempat sejuk ni, lapar jer... ada pelbagai menu... tpi sbb kite org ni p bkumpulan, mmg bufet dh tsedia.. apalagi ngap jer ler... bila dh kenyang,..hehehe... tu kedai cenderamata tgh tunggu.. sya beli bju tuk hubby + diri sendiri tuk kenang-kenangan.. tak lupa fridge magnet pun ada... kul 2ptg kiteorg btolak balik.. konvoi gak..

atas kiri : diner (1st day)
atas kanan :  breakfast
bwh kiri : lunch (2nd day)
bwh kanan : ala-carte menu yg ada

info:
- sban --> cheras --> batu caves --> ulu yam --> batang kali --> kuala kubu baru --> frase hill
- klu dr PLUS leh exit tol RAwang
- ada 2 jalan... 1 untuk naik + 1 untuk turun (sehala)... dh xde guna time naikturun mcm dulu2...
- sila bwk bju sejuk...
- bwk plastik untuk muntah, minyak angin tuk sapa yg pening
- bwk roti, serunding, sardin, @ makanan yg tahan lama.. cos makanan kt sni boleh tahan gak harga nyer.. lagi pun restoran yg terhad
- HOTEL: Puncak Inn, Shahzan Inn... ada jugak apartment @ banglo
- Puncak Inn : Standart room : RM 100 (weekday) RM 120 (weekend)/night
- boleh sewa basikal... 1jam = RM 10.00
- ada kedai runcit + kedai cenderamata...
- ada bank, klu x silap ada AGRO Bank...
- ada tempat tuk barbeque... tpi tempat awam.. sapa cepat dia dpt...
- masa nk naik, line tel. mmg xde yer...
- bhati2 bwk kate, coz jalan yg bkabus dan licin

so enjoy.. :)