sweet love

sweet love

Wednesday, 29 February 2012

4 tahun seKali.. Tahun LompAt...


mmm... sapa yg lahir ari ni.???.. happy birthday ..mmg btuah.. unik sungguh  tarikh ni, cuma muncul 4 tahun sekali... leh wat birthday party tahun ni.. spanjang sya hidup, tak pernah lagi jumpa family/kawan2 yg lahir tarikh ni..ni ada sedikit info pasal tahun lompat...

Apa itu tahun LompaT?

Tahun lompat merupakan tahun di mana tambahan hari di masukkan ke dalam bulan febUAari.. maka dengan itu ia mengandungi 366 hari setahun. Manakala tahun-tahun  biasa mgandungi 365 hari saja,, Ia blaku setiap 4  thn,

Tarikh 29hb febuari berlaku sebanyak 15 kali pada ari isnin atau rabu, 14 kali pada ari jumaat atau sabtu, dan 13 kali pada ahad, selasa dan khamis.

Tahun 2012 adalah tahun lompat atau leap year. Melihat kepada kalendar 2012, anda akan dapat hari lima (rabu) berulang sebanyak 5x dalam bulan febuari. hari bermula dengan ari rabu dan berakhir dgn ari rabu juga. Keadaan yang sama ini berlaku pada 1980 dan akan berulang kembali pada 2036.

Di antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat yg bkongsi hari yg sama dlm seminggu utk tarikj yg berulang hanya berlaku setiap 28 tahun

Bagi mereka yang lahir pada 29hb febuari, dan jika ia bulan lompat maka mereka meyambutnya pada 28hb febuari. sesetengahnya pula myambutnya pada 01hb Mac kerana mereka mersakan bukan lahir pada 28hb febuari.. Dalam kes ini tarikh 29hb febuari tidak wujud..

(ihsan : google)


So eNjoY... :)

Tuesday, 28 February 2012

twilight time


bru jer abis baca siri novel TWILIGHT oleh stephenie meyer... mmg mgagumkan jalan ceritanyer.. mmg x boleh bhenti mbaca... happy ending.. pcintaan edward cullen + bella swan.. romantik sungguh jalan cerita nyer...  member saya komen, itu semua hanyalah khayalan takkan tjadi dlm dunia ni.. memang ler, ianya cuma sebuah cerita...tpi bagi sya gaya penulis penuh ketelitian.. mterjemah setiap watak dgn lebih details...kreatif.. dan jalan cerita yg bsahaja....

movie pun mmg bagus, tak lari sgt dr jalan cite novel...mmg t`tunggu2 next movie... breaking dawn part 2... last episode...x sabar sgt... pemilihan pelakon yg sesuai mhidupkan lagi jalan cerita... soundtrack tuk movie mmg sesuai sgt... tpi lagu thousand years ni masa wedding edward-bella x masuk pulak... lagu ni mmg best sgt... b`ulang kali sya putarkan...

 A thouSand yeaRs by christina perRi

so Enjoy... :)

Monday, 27 February 2012

burunG HANTuuuu....

sepasang burung haNtu

sapa punya????.. cuba angkat tangan... huhuhu... cute kan... ni key chain burung hantu... member oder.. dh lama dia booking, bru minggu ni siap.. hehehe.. busy skit... alhamdullilah.. siap sudah.. arap2 dia puashati... nk call dia jap lagi...  dh lama jugak tak wat felt...  bila dh start, gian lak nk wat benda ni. tgh fikir nk wat tempat simpan buku servis kate...mmmm... arap2 jadi ler...

brang2 yg d perlukan
felt : kedai jaya
black brads : fb kedai sus
key chain : fb kedai sus
buttons : fb snf craft

ok ler.. tunggu next entry -----> hantaran ptunangan my cousin (dlm proses)

so enjoy... :)

Friday, 24 February 2012

Aromaterapi... yg patut kite tau..


Aromaterapi telah pun diguna sejak bermulanya tamadun untuk merawat pelbagai keadaan. Terapi ini memerlukan minyak yang penting didapati daripada ekstrak bunga pokok, daun, cabang, kulit buah, kulit kayu atau akar melalui distilasi stim, ekstraksi solven dan pemerahan. Minyak ini  dipercayai menjadi tenaga kehidupan bagi sesuatu tumbuhan. Oleh itu, minyak sintetik tidak dapat diguna dalam rawatan ini kerana tiadanya tenaga kehidupan.

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan minyak yang diekstrak ini. Antaranya ialah  secara inhalasi, urut, diffusi, mandi, balutan panas atau sejuk dan minyak wangi.Sesetengah ahli aromaterapi mendakwa bahawa melalui urut, minyak itu akan menembusi kulit dan memasuki saluran darah yang boleh menyebabkan kesan fisiologikal pada badan. Walaupun begitu, bukti saintifik tidak mengesahkan bahawa substan ini boleh memasuki darah.

Aromaterapi berupaya untuk mencegah seizur pada sesetengah orang epilepsi. Dr. Tim Betts(Universiti Birmingham, England), telah melakukan kajian di mana pesakit dengan epilepsi refraktori disuruh untuk melakukan hipnosis sendiri untuk membantu relaksasi pada masa sama menerima urutan aromaterapi. Pesakit seterusnya diberitahu untuk mengambil minyak(ekstrak), sekiranya pesakit rasa serangan epilepsi berlaku. Didapati bahawa sebahagian besar pesakit bebas dari serangan seizur sepenuhnya.

Aromaterapi mungkin menolong pesakit epilepsi yang mengalami aura yang merupakan tanda bagi epilepsi akan berlaku. Penggunaan minyak ekstrak ini boleh mengelakan atau menurunkan keterukan serangan epilepsi jika diambil sebelum berlakunya serangan.

Pesakit dengan epilepsi tidak seharusnya bersin kerap kali apabila minyak aromaterapi ini disedut. Ini adalah kerana, kekerapan bersin itu sendiri dapat merangsang seizur pada sesetengah pesakit. Oleh itu, minyak ini seharusnya disedut dengan perlahan. Antara minyak ekstrak yang dapat mengelakan seizur ialah:

- jasmine (jasminum  officinale)

- chamomile (chamomelum spp)

- ylang-ylang (cananga odorata)

Antara minyak yang perlu di elak yang dapat merangsang seizur adalah seperti berikut :

- komfor (cinnamomum cumphorata)

- hyssop (hyssopus offcinalis)

- fennel (foenicum vulgare)

- rosemary (rosmarinus officinalis)

- sage (salvia offcianalis)

- worm wood (artemisia spp)

- cinnamon (cinamomum verum, c. aromaticum)

- clove (caryophyllus aromaticu)

- nutmeg (myristica fragrans)

- lada hitam (piper nigrum)

Sebelum mengamalkan aromaterapi perlulah terlebih dahulu mendapat nasihat daripada doktor.

(Ihsan Google : Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM)

So EnjoY.... :)

Thursday, 23 February 2012

our trip to bukiT TinGGI... INdonesia...

fuHhh!!!! punya ler lama x update blog.. huhuhu..mai sudah penyakit malas.. mmg xde ubat... so sementara masih mood holiday, so kena le cepat2 update.. sebagai pbuka tirai 2012, kiteorg gi ke bukit tinggi..indonesai... semua bjalan lancar...mmmm pasti nyer... ni catatan ringkas pjalanan kami yg seramai 11 org... perbezaan masa bukit tinggi lambat 1 jam dr malaysia

16.02.12 - kHamis
12.45tgh - tiba di LCCT
1.30 ptg - bkumpul , timbang berat beg + check-in (ourself + luggage)
3.30 ptg - blepas dgn pesawat Airasia ke Padang... 45minit
3.30 ptg (waktu indonesaia) - selamat mdarat di Bandar UDara iNtersianal MinangkaBau..
4.00 ptg - pak anas dr keUmaLA holiday dh menunggu dan bgerak ke bukit tinggi..
4.30 ptg - makan tgharai...di rumah makan lamun ombak... lapar.. semesti nyer masakan pAdaNg...huhuhu
5.30 ptg- 7.30mlm - sepanjang pjalanan sempat singgah di 2 kedai kain yg mjual kain sulam, telekung, blous, kain pelekat, dll... mmg ambik masa untuk memilih sbb tlalu byk kain sulam + telekung yg cantik2... rambang mata...
8.30 mlm - dinner
9.00 mlm - smp di Hotel Kharisma... rehat + tido

our bus..

 menuju ke bukit tinggi

 makan tengahari.. masakan padang

hotel kharisMA
17.02.12 - Jumaat
7.30pg - sARAPAN
8.00pg - shopping ke kedai kain
9.00pg - menuju ke ke Desa Pandai Sikek.. kawasan kampung yg mjalankan aktiviti pertanian (rasa mcm di cameroon hing.), aktiviti myulam - pelbagai kedai kain ada di sni, dan dpt melihat pemuda yg penuh tekun mgukir kayu... mmg seronok di sni...
12.00tgh - menuju ke Danau Singkarak.. sebuah tasik yg cantik... mmg menakjubkan dgan blatarkan gunung merapi
1.30 ptg -  menuju ke Istana Pagaruyung.. actually, istana nyer dh tbakar pada tahun 2007, sekarang masih dalam pbinaan.. hampa gak ler bila smp cuma dpt bdiri di luar sahaja... punca tbakar di sbbkan panahan kilat myambar pada bumbung istana... tiada apa yg tinggal.. smua mjadi debu sahaja...
2.00 ptg - makan tengahari di POndoK Flora... tempat makan nyer di atas kolam.. mmg byk ikan di sni...huhuhu...
3.30 ptg - menuju ke sebuah kedai bnama KINIKU.. hehehe.. tempat ni mjual pisang salai goreng... mmg sedap... kite boleh mcuba air pinang kering + air daun kopi...sya cuma sempat rasa air daun kopi yg di campur dgn gula + di kacau dgn kulit kayu manis.. mmg harum rasa nyer
4.30 ptg - singgah di rumah Hj. rOSMa.. wanita yg mula2 mpekenalkn sulaman... ianya adalah sebuah sekolah  myulam + kedai mjual produk mjual.. kite boleh tgk mcm mana org blajar myulam...
6.00 ptg - menuju ke Pasar atas... sbb dh tlewat smp, byk kedai yg tlh tutup... tpi masih sempat membeli telekung dgn harga yg murah.. di sni mjual jaket, jeans, kain ela, beg, t-shirt dll.. menarik tempat...
7.30 mlm - makan malam... blurrp.. alhamdullilah..kenyang
8.30 mlm - tiba di hotel...fuhhh.. penat bjalan seharian.. lenguh badan..huhuhu.. bkemas sbb malam ni last b`ada di bukit tinggi

 pemandangan gunung merapi dr hotel

 antara kedai yg kami kunjungi

kebun sayur di desa Pandai Sikek.. tanah yg subur

 menenun + mgukir adalah aktiviti di deSa PandaI Sikek

sayuran + kolam ikan adalah pemandangan yg biasa

 Danau Singkarak.. view yg cantik

 Istana Pagaruyung.. masih dlm pembinaan

lunch @ Pondok Flora

 nescafe kotak... mmm.. kt malaysia xde pun

 tea time @ KINIKU

pisang salai goreng... kena goreng semula utk rasa sedap + ranggup

di sekolah myulam...

18.02.12 - saBtu
7.30 pg - sarapan dan bsiap ngan luggage masing2...
8.30 pg - menuju ke Ngarai Sianok... view yg cantik... tempat ni tjadi sbb laluan larva gunung berapi.. tbentuk curaman sperti gaung... tanah di bukit tinggi ni subur, tak hairan ler klu aktivit ptanian nyer mmg mberangsangkan..
9.30 pg - ke danau meninjau... tasik yg tjadi di dlm kawah gunung berapi.. pjalanan yg bselekoh...byk kolam ikan talapia spanjang tasik.. tpi kami x smp ke bawah.. nk jimat masa
10.00 pg- menuju ke Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau yg tletak di Padang.. ianya sebuah muzium.. kat sni leh mcuba pelbagai baju adat minang... hehehe.. mmg klasik.. byk sejarah + gambar mceritakn ttg adat minangkabau.. menarik tempat ni...
12.00 tgh - munuju ke bandar padang.. skarang musim buah2an.. byk mjual durian, langsat, maggis, duku... hehehe.. ada ahli rombongan yg bminat nk makan durian padang.. so kiteorg pun singgah di salah sebuah gerai mjual durian.. sedap + elok isi nyer...
2.00 ptg - makan tghari..
3.30 ptg - di sbbkan ujan.. cuma dpt berada di dlm bas..so xleh turun di air terjun lembah anai.. ala..rugi nyer.. leh ambik gambar dr dlm bas jer...
6.30 ptg - menuju ke pantai padang.. lautan hindi.. huhuhu.. m`lysia cuma ada selat china.. pemandangan yg cantik + angin yg kuat + pasir hitam putih yg sgt halus...
7.30 mlm - menuju ke jambatan siti nurbaya yg tekenal dgn plabuhan kapal kecil.. yg menarik di tempat ni leh makan jagung bakar + pisang impit... kena cuba, klu tak myesal nanti...
8.30 mlm - makan malam di lubuk indai... ikan bakar talapia... syok...
9.30 mlm - bmalam di padang -  hotel  bonda + bkemas tk balik esok nyer

 Ngarai Sianok

 Danau Meninjau.. nice view

 Pusat Dokumentasi +Informasi Kebudayaan Minangkabau

 musim buah2an t`utama durian.. seikat hanya 100 000rph (rM  34.00)

 Pantai Padang

last dinner

 
19.02.12 - Ahad
5.30 pg - bsiap turun ngan luggage + sarapan
6.00 pg - menuju ke airport dan check in luggage
8.30 pg - menaiki flight ke LCCt... bye2 bukit tinggi dan padang... kami akan datang lagi
10.30pg - (waktu malaysia).. mgambil masa 45minit penerbangan.. slamat smp... fuhhh... pjalanan yg menarik...

info:
- pastikan passport ada... sila check in di kios LCCT.. klu anda check in di kuanter kena bayar rm 10.00
- pastikan berat luggage  tidak melebihi... klu nk tambah berat luggege, boleh ke kuanter tiket... sila pastikan 4 jam sbelum pnerbangan..max. 30kg jer.. denda mlebihan berat luggage 1kg - rm 40.. pikir2kan dan rancang membeli barang dgn bijak.. hand luggage cuma boleh 7kg shj.. timbang ada di sediakan di LCCT
- bawa wang belanja dgn cukup... sbb kat sna petukaran wang mmg tinggi... boleh bwa RM klu perlu..
- masakana padang mmg menu utama...
- pjalanan dr padang - bukit tinggi mgambil masa 2jam klu tidak bhenti
- bukit tinggi boleh di katakan sejuk.. ala2 cameroon hing..
- semua kedai mjual kain + telekung boleh tawar menawar.. pastikan anda tahu harga kain/telekung dlm RM...
- klu anda ada kat ATM MAYbank.. kat b.tinggi boleh kluar duit di ATM BII... tpi kluar dlm rupiah ler..hehehe
- anda kena cuba jus buahan2.. mmg pekat + asli.. anggaran dlm 6000 - 8000 rph shaja...
- di jambatan siti nurbaya ada jual jagung bakar  + pisang impit, cuma 5000 rph...
- padang + bukit tinggi mmg byk masjid.. so jgn bimbang klu nk solat..mmg senang
- jalan di sni kurang sesak  + kurang kenderaan... pemandu nyer pun bhati2 ... xde ler risau sgt
- key chain boleh dpt dlm rm 1/pc..
- t-shirt dlm rm 10/1pc.. beli byk boleh tawar..hehehe
- airport tax 100 000 rph..

so enjoy... :)