sweet love

sweet love

Friday, 11 November 2011

11-11-11

wow... menarik kan tarikh kat ari ni kan???... mesti ramai yg memilih sebagai tarikh kawin.. senang nk ingat... jatuh pulak pada hari jumaat, penuh keberkatan.hehehe.. padat ler jadual tok kadi mcm ni... mesti dh kena booking tok kadi ni awal2 lagi... fuhh.. kenyang makan nasi minyak/kenduri ler..

majlis akad nikah (ihsan:google)

 * tip2 melangkah ke alam rumahtangga *

----> terima seadanya - jangan cuba untuk mengubah pasanagan mengikut kemahuan anda. ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri.  jangan terlalu dambakan kesempuranna. terima segala kekurangan kerana tiada manusai yang sempurna. cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.


----> bkomunikasi scara tbuka  - jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal.  belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, terisinggung atau gembira.  ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walalupun kadangkala ia di anggap keterlaluan.  tetapi itulaha yang mahu d dengar oleh pasangan.  sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.


---> aktiviti bersama - aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama.  misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu.  anda perlu berhati-hati jika anda gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.


--- > tunjukkan cinta anda - setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantic lagi’.  itu adalah tanggapan yang salah. rasa cinta dan sayang tida ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat insteri atau makan malam romantic untuk suami.  menunjukkan rasa citna secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampun mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.


---> kawal perasaan - apabila marah atua ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan.  elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. pasangan akan menghargai jika anda beretngan dalam menghadapi sebarang situasi.


---> jangan ungkit kisah lalu - berhentilah mengungkit masa lalu yang negative.  tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan.  jangan jadikan kesilapan lalul pasangan sebagai senjata stiap kali berlaku pertengkaran.


---> kurangkan rasa cemburu - setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri.  hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepadan pasangan.


---> jaga komitmen antara satu sama lain - elakkan mbuat janji yang tidak mampu dipenuhui.  jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat.  apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.


---> jujur - jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan.  jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah punca utam sebuah perpisahan. kejujuran yang dimaksudkan adala kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan .  jika terluka, katakana bahawa anad terluka.  katakanlah dengan tenang tanpa meningginkan suara.

---> beri layanan terbaik sepanjang hidup - layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. jika dahulu jalan berpimpinan  tangan, pimpinlah tangan pasangan seelah berkahwin.  ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga dan anak-anak.

(sumber : google)

alam rumahtangga mmg sesuatu yg indah.. tidak dpt d gambarkan dgn kata2..pada pasangan pgantin buatlah persediaan mental + fizikal ..biasa ler, alam rumahtangga ni penuh dgn pelbagai ragam..  terpulang pada kite utk mguruskan dgn ptimbangan yg bijak + tidak tburu2... lagi  lidah kan tgigit, inikn pula suami isteri.. dan jgn d panjangkan isu yg remeh...  cintai pasangan anda sepenuh hati... semoga anda + pasangan bahagia hingga ke akhir nyawa... dan selalu lafazkan pkataan sayang + terima kasih, dgn cara ini kite mhargai + dhargai oleh pasangan.. amin

No comments:

Post a Comment