sweet love

sweet love

Thursday, 5 April 2012

ePaL... oh EpaL... slurp..


Tetiba jer rasa nk makan epal.. nasib baik hubby gi TEScO semalam.. kirim jer ngan dia... hahaha.. so dok cari info dlm internet `Khasiat buah epal merah...

Terdapat pelbagai sebab kenapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari.Mereka yang makan lebih 5 biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak memakan epal. Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan serta kulit. Buah epal merah misalnya, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena (bad cholesterol). Epal merah mengandungi kompenan likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid. Epal juga baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.

Antara khasiat epal :
  1. Epal kaya dengan vitamin A, B kompleks dan C.
  2. Mengandungi serat dan kalori yang tinggi.  Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.  Ia boleh membantu dalam proses mengawal berat badan kerana serat berupaya melambatkan rasa lapar.  Kalori yang tinggi pula berfungsi memberikan tenaga.
  3. Ia mengandungi antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fotikimia.  Antioksidan ini mampu melawan radikal bebas.
  4. Purata air dalam jumlah kira-kira 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal berupaya melembabkan kulit yang kering.
  5. Kajian yang dilakukan oleh saintis British membuktikan mengunyah epal mampu mengubati sakti gigi.
  6. Penyelidik dari Jepun mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
  7. Satu kajian mendapati mereka yang makan epal lebih dari lima biji seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak memakan epal.
  8. Rasa epal yang masam-masam manis boleh mengurangkan rasa mual sekiranya perut terasa sebu.
  9. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
  10.  Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaikitekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. 
  11. Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
  12. TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia bolehmenyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.
  13. Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalammembantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat
    memberikan kita tenaga.
  14. Berita baik!! kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan..
so lain kali, sya berazam akan byk makan buah epal..

(ihsan : gOOgle)

so enJoy... :)

1 comment:

  1. assalamualaikum..salam kenalan...jalan-jalan sini sambil makan buah epal...umie time baca n3 ni memang tgh makan buah epal..dalam 1 hari umie makan 1 biji pagi..otw dlm kereta nak ke ofis..nanti balik kerja 1 bijik lagi..mlm kalau lapar makan lagi 1 bijik..dalam 1 hari umie makan 1-3 biji sehari...

    ReplyDelete